Looking For Anything Specific?

Header Ads

Surirumah Kembali Bekerja

Teks : Rosilawati Wahid
Foto

Bismillah.

Catatan tahun baru 2018. Saya kembali menulis. Dari jawatan sahm atau wahm, saya juga kini kembali bekerja.

Mac 2018, saya kembali bekerja di pejabat. Bekas majikan masih memerlukan khidmat dan kepakaran saya. Setelah berbincang dengan suami dan anak-anak yang lain, saya menerima tawaran tersebut. Maka secara rasminya pada 1 Mac 2018 saya melapor diri.

Disebabkan saya perlu menguruskan Adibah dan Amni untuk ke sekolah, bekas majikan bersetuju untuk saya bekerja secara flexi-hour. Pagi masuk pejabat, manakala sebelah petangnya kerja disambung di rumah. Alhamdulillah, Allah sebaik-baik perancang. Saya cuma "go with the flow" bak kata orang.

Setelah hampir 6 tahun saya meninggalkan kerjaya sepenuh masa bagi memberi perhatian kepada anak-anak, kini saya kembali semula bekerja. 

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya kembali bekerja. Kos yang terlibat seperti tol, petrol dan parkir. Begitu juga dengan pengurusan anak-anak seperti pengangkutan dan penjagaan harian sementara saya bekerja di pejabat.

Insyaa Allah, nanti saya kongsikan faktor-faktor yang mempengaruhi saya kembali bekerja.

Post a Comment

0 Comments