Advertisement

Main Ad

Cyst 'Makan' Tulang Gusi

Teks : Rosilawati Wahid Foto :

6 Februari 2017

Hari ini temujanji dengan doktor pergigian di Hospital Putrajaya. Kami tiba lebih kurang jam 8.10 pagi dan terus berbaris untuk mendapatkan angka giliran di kaunter 1.


Suasana pagi di ruang legar kaunter pendaftaran. 8.00 pagi orang memang sudah ramai. Perlu banyak-banyak bersabar. Tunggu sahaja sehingga giliran dipanggil. 


Walaupun nombor jauh tapi proses pendaftaran selesai dalam tempoh 20 minit sahaja. Ada sembilan kaunter pendaftaran. 

Amni di rujuk ke bahagian pakar bedah mulut, Hospital Putrajaya. X-ray diambil sekali lagi. Kali ini x-ray keratan rentas bahagian cyst. Dari foto x-ray doktor menerangkan bahawa tulang gusi di bahagian cyst agak nipis kerana telah di'makan'. Ini menyebabkan tulang bahagian dagu juga menjadi nipis. Harus berhati-hati agar tiada berlaku impak kuat pada bahagian dagu kerana kesannya kemungkinan tulang dagu akan patah adalah tinggi.

Tarikh untuk biopsi ditetapkan. Mula ingat nak buat masa cuti sekolah bulan Mac nanti, namun atas nasihat doktor pakar kami akur untuk mempercepatkan prosesnya. 14 Februari 2017 (Selasa) dipilih untuk melakukan biopsy. 13 Februari 2017 (Isnin) Amni perlu mendaftar kemasukan wad sebelum prosedur dilakukan keesokan harinya.

Namun begitu ada beberapa kemungkinan yang diterangkan oleh doktor. 

1. Melakukan prosedur biopsi sahaja dan tunggu laporan makmal untuk membuang cyst.

2. Biopsi dan buang cyst. Tunggu laporan makmal. Ada dua kemungkinan iaitu yang pertama, cyst itu bersifat biasa, tidak merbahaya maka tiada prosedur lain akan dilakukan. Keduanya, jika ianya sesuatu yang membahayakan maka akan ada prosedur susulan. 

3. Doktor juga perlu melihat volume tulang dagu Amni kerana ianya adalah sangat nipis berbanding tulang dagu sebelah kiri. Kemungkinan perlu menambah 'plate' atau tidak untuk menyokong tulang dagu sehingga tulang baharu terbentuk. Semua keputusan bergantung kepada doktor pakar yang melakukan prosedur nanti.

4. Amni akan kehilangan gigi kekal. Yang pasti satu gigi kekal, manakala gigi yang satu lagi 'kiv'. Ini kerana gigi yang satu lagi itu adalah gigi yang bersebelahan.

Apakah biopsi?

Biopsi adalah prosedur mengambil sedikit sampel sel bahagian yang terlibat. Sampel ini kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk dianalisa. Laporan diagnostik dari makmal akan dapat menentukan jenis cyst serta rawatan yang perlu diberikan.

Dalam kes Amni, jika prosedur biopsi sahaja yang dilakukan, Amni boleh balik ke rumah pada hari yang sama prosedur dilakukan. Jika doktor membuang cyst maka Amni perlu bermalam sehari dua di hospital bagi tujuan pemantauan.

Sehingga catatan ini ditulis Amni tidak mengadu sakit atau tidak selesa di bahagian cyst tersebut. Mama dan papa doakan yang terbaik buat Amni.


Catat Ulasan

0 Ulasan