Looking For Anything Specific?

Header Ads

Resepi Brownies

Resepi Brownies 

Teks : Rosilawati Wahid
Foto : Rosilawati Wahid


Anak-anak suka makan maka Yong kenalah masak. Bila anak ramai, membeli makanan yang telah siap dimasak adalah terlalu mahal kosnya. Kalau nak beli brownies, harga satu loyang adalah sekitar RM70, sekurang-kurangnya Yong kena beli 2 loyang untuk makan sekeluarga.


Yong menggunakan tepung campuran brownies sahaja untuk memudahkan kerja. Boleh skip bahagian timbang dan sukat. Cuma tambah mentega dan telur sahaja kemudian dah boleh bakar.

Nak masak brownies pun tak memerlukan pengadun elektrik kerana semuanya diaduk dengan senduk kayu sahaja. Sangat senang dan Insyaa Allah jadi.

Dalam masa kurang 30 minit dah habis 3/4 loyang. Dapat bayangkan tak betapa sedapnya brownies ni. Itupun yong buat kosong tanpa tambahan kekacang di dalamnya.

Yong kongsikan caranya di bawah.



RESEPI | Brownies kedut cair di mulut.

Premix brownies
> Bahan a
> Coklat yg disediakan didouble boiler dgn butter scs 250gm
>> Bahan b
>> 6 biji telur digaul dengan tepung yg disediakan
>>> Bahan a tuang ke bahan b. Gaul guna sudip sehingga sekata.
Penambahan bijirin contohnya ;
Walnut, badam slice perlu dibakar dahulu. Dan dimasukkan kedalam adunan atau dihias diatasnya.
Loyang 12x12
Suhu bakar 180c selama 40minit atau sehingga masak
Selamat mencuba

Post a Comment

0 Comments